Daisypath Friendship tickers

Monday, November 26, 2012

hidup ku sebagai pelajar sekolah hampir tiba di penghujungnya

Assalammualaikum dan salam sejahtera..
hohohoho dah lama aku tak mengupdate blog aku ini..agak berbulan-bulan rasanya..takda apa sangat aku nak tulis kt sini hahaha..sekarang aku menulis semula untuk melihat blog ku ni kembali segar..itu pun kalo aku rajin dan ada idea..sekarang zaman persekolahan ku hampir tamat.. cikgu2 pon aku dah tak nampak da sebab dah cuti..aku skang tengah hadapi peperiksaan SPM yang telah berlalu hampir sebulan dari 5 november.. tinggal dua paper saja lagi sebelum aku tamat SPM..tapi jadual aku terlalu banyak cuti dan aku tak suka menunggu..cuti pun duduk rumah mengadap pc hari-hari memang bosan..takde mende nak buat..khamis ni aku peksa pendidikan seni kertas 2..lukis2 gitu.. imaginasi kena kuat ar kalo nak melukis dan melukis kena ada feeling sket bhahaha..baru nampak cantik lukisan nanti..mana tau bole masok dalam frame gantung kt dinding sebagai kenangan..jual pun boleh dapat untung..kalo ada orang nak beli ..bila SPM dah habis..masa tu lah kali terakhir kita jumpa kawan2 kt sekolah..lepas tu mereka sudah mengikut haluan masing-masing..tapi masih boleh berjumpa kt luar jalan-jalan ke atau lepak..sekali sekala sebab dah bebas..tapi tidak terlalu bebas..tahun depan mesti ada yang da kerja buat sementara menunggu keputusan SPM keluar..stended ar kerja sementara cari duit untuk masa kt universiti nanti..tak payah nak susah-susahkan mak bapak..usaha sendiri lagi baik..belajar berdikari dan erti kehidupan..susah nak tinggalkan kawan-kawan kita untuk pergi mengejar impian masing-masing yang berbeza..walau bagaimanapun, telah berpisah jauh sekian lama, hubungan masih erat dan tidak terputus..suatu hari nanti pasti akan berjumpa juga...manusia membesar..bukan mengecil..dari remaja ingin meningkat ke dewasa, cabaran dan dugaan pasti semakin sukar dan kita berusaha untuk mengatasinya pada masa hadapan..hahahaha jauh aku bercerita walaupun tiada kaitan..itulah kehidupan.. remaja yang bakal menjadi pemimpin pada masa akan datang..

apa yang aku tulis di atas memang tiada kena mengena langsung..tetapi terdapat ertinya yang mendalam..mungkin tak dalam..lebih kurang begitu..jadi, 10 tahun akan datang kita akan bertemu semula dengan kejayaan yang kita capai..:)

Saturday, April 14, 2012

Tentang kita...

sudah terang lagi bersuluh, lalu lampu suluh ku menyuluh..aku tulis blog ni sebab aku bosan..aku taktau nak buat apa da..makan suda solat suda..nak belajar pun payah..itu le kehidupan aku sekarang..masa tak boleh undur, SPM makin dekat, aku pula masih blur mengadap komputer..aiseh..lepas tu pulak aku boleh pikir seorang perempuan yang aku suka..aku pun taktau kenapa..da kena reject banyak kali aku masih pikir lagi dia..konon aku suka sangat le kt dia tu..bhahahaha..tapi aku serius..aku memang suka dia..dia tak nak aku sebab aku kurus..aku pun......takpa le aku terima..memang pun aku kurus..tetapi aku akan berusaha mencari jalan untuk menambah lemak dan berat badan aku ni..aku makan agak kuat tapi tak besar-besar..metabolisme aku tinggi agaknya..mungkin le..tapi buang air besar tak selalu pulak..bhahahaha..okeh stop..kang citer pasal buang air besar boleh sampai KL kang..cerita pasal SPM, aku rasa aku pun buat persediaan awal lagi..tapi kalo cerita pasal lepas SPM, memang banyak aktiviti aku nak buat..serupa macam seorang mempunyai impian yang tinggi..bila pikir balik risau jugak..nak ulang kaji balik tajuk2 tahun lepas..pergh parah..kerja folio lagi..pameran lagi..pening woi..tapi takpa ar an..tahun terakhir di sekolah..buat sebaik mungkin habis-habisan.. kepada kamu semua yang menduduki peperiksaan SPM dan rakan-rakan ku, aku doakan agar dapat keputusan yang cemerlang.. Amin..:]
Hal ini bertepatan dengan peribahasa "sikit-sikit,lama-lama jadi bukit.. aku rasa takda kaitan dengan petikan di atas ini.. bhahahahahah..sekian.