Hohoho..setelah sekian lama aku tinggalkan blog aku ni..entah berapa
bulan aku tak jenguk..akhirnya aku kembali menulis blog ni...baru ada
isi sket kt blog daripada kosong..bhahahaha..tu le..tahun ni agak sebok
bagi aku kerana aku akan menduduki peperiksaan
SPM
di mana agak penting untuk menentu masa depan.. aku sendiri pun tatau
apa cita-cita aku bhahahah...tapi yang penting aku ada tujuan untuk
mencapai impian aku..masing-masing mesti ada impian an..kalo takde
takkan ke mana kehidupan ko nanti..
Seterusnya,
kadang-kadang aku terpikir kawan-kawan lama aku dulu..sambil aku pikir
sambil-sambil tu aku meraba janggutku dan cabut..kenangan manis
dulu-dulu yang tidak dapat dilupakan...time form1 main bola pakai surat
kabar lekat pakai seletep..pastu main kt blakang..BHAHAHAHAH..memang
best...pastu cermin tingkap pecah...-,,,,,,-
Selain itu, time tu le
aku harok bershuffle..siab buat group lagi..BHAHAHAH..tapi tidak
lama..dua bulan kemudian..pengaruh shuffle terus lenyap..
time form2 takda kenangan yang menarik sangat..cuma ada budak baru masok kelas aku iaitu
KRK yang
bernama Zulhilmi, atau zul atau sem dan sewaktu dengannya..si mamat
kacak ni mula-mula pendiam..biasa ar an bila budak baru masok kt kelas
kita memang begitu..tetapi tak lama kemudian bila telah berkawan
dengannya, dia seorang yang aktif, kuat menganjing dan pandai
berlawak..dan juga bijak dalam pelajaran..kira aku bangang sket ar dari
dia bhahahahah...masa tu le bermulanya hubungan sahabat menjadi semakin
rapat..
akhir sekali, masa form3, iaitu terakhir bagi kelas
KRK..kelasnya
sampai form 3 je..di situ paling banyak kenangan manis yang tidak dapat
dilupakan..aku pun tatau nak kata apa..bhahahaha..aku citer
sket2..entah le aku tatau nak tulis apa da..tidak terkata :| yang aku
tahu masa tu aku paling teruk sekali dalam kelas..kuat tido masa cekgu
mengajar..folio tak siap..macam pemalas ar..sampai kena
kaunseling..bhahahahah..tapi 2 atau 3 bulan sebelum
PMR tu aku telah berubah..folio semua siab..rajin buat latihan bertubi-tubi yang cekgu bagi..dan akhirnya masa nak amik result
PMR,
aku dapat 4A..syukur alhamdullilah banyak perubahan daripada ujian
dulu2 yang takde A langsung..ada yang gagal o.o ..masa tu aku
terlompat-lompat kegembiraan dan aku berlari ke rumah tunjuk kt mak
aku..bhahahahah .. aku gebang je -..- semua tu atas sokongan daripada
cekgu-cekgu, mak dan ayah aku, dan tidak lupa juga kawan-kawan
ku...selepas itu..kami buat reunion kelas buat kali terakhir..
Masa itu aku rasa kali terakhir aku melihat muka kawan-kawan ku yang
tenga senyum, ketawa, sangap, melantak dan sebagainya..guru kelas aku
pun ada datang..tapi tak lama..hanya lepak dalam empat lima menet
gitu...
 |
| guru kelasku yang tersayang..yg budak kt sbelah dgn yang kaki tu abaikan.. |
Setelah makan-makan, borak-borak dan sebagainya, tiba masa main satu permainan..aku da lupa permainan apa masa tu..tapi agak menarik..yang baling2 dadu tu takda ar..aku da lupa da..lupakan..
Waktu tu agak bising dan meriah..ada yg jerit, ada yang gelak, ada yg tido, ada yg tenga snap gambo dan lain-lain..
 |
| amik gambo ramai-ramai..hanya tinggal kenangan..dan penuh bermakna |
aku harap lepas SPM aku dapat jumpa kawan-kawan aku yg ada kt gambar atas nih..buat reunion masa akhir tahun..lepas tu masing-masing da ada haluan sendiri..semua da besar kan.. :\
aiseh..habuk masok mata pulak..bhahahahah..lupakan..tiada kaitan habuk dengan gambo ini...
Sekarang, aku hanya perlu fokus kepada pelajaran untuk peperiksaan SPM nanti..aku akan doakan kejayaan korang dan mendapat keputusan yang cemerlang..insyaAllah..
Bak kata pepatah Melayu, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.. (ada kaitan ke? bhahahah)
Sekian, itu saja.. Assalammualaikum.. :]